
Sulit
3 tahun
Period lewat 4 hari.. sakit pinggang dan cramp perut
Saye daa lewat 4 hari period . Tp bilaa check upt -ve… saye kguguran anak pertama bulan 2 , period pon teratur selepas itu … adakah saya check upt terlalu awal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh kecelaruan hormon yang berlaku dalam badan. Ini boleh berpunca daripada :
- Stres
- Berat badan yang berlebihan ataupun berkurangan
- Penggunaan ubat perancang atau ubat hormon lain
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- PCOS
- Masalah tiroid
Namun, kelewatan haid anda juga boleh disebabkan oleh kehamilan. Ada kemungkinan untuk ujian UPT menunjukkan negatif kerana ia dilakukan terlalu awal. Biasanya, ujian UPT ini mempunyai ketepatan yang tinggi dan boleh diambil kira-kira seminggu hingga 10 hari selepas tarikh haid terlepas anda. Oleh itu, anda boleh mengambil ujian UPT sekali lagi selepas seminggu untuk mengetahui sama ada anda hamil.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.