
Sulit
4 tahun
Period lewat 5 hari dah dan saya keletihan serta sakit bahu sehingga lengan sebelah kanan
Period lewat 5 hari dah dan saya keletihan serta sakit bahu sehingga lengan sebelah kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda,maklumat lanjut mengenai keadaan anda perlu diketahui dengan lebih lanjut memandangkan maklumat yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum. Kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan dan siasatan lanjut boleh dilakukan dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah haid lewat dan tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.