
Sulit
5 tahun
Period Lewat dan berlaku pendarahan sedikit
Saya wanita 20an dan sudah berkahwin , bulan lepas period hari pertama saya pada 14/1/2020 dan sepatutnya period saya akan dtg semula pada 11/2/2020 mcm itu tetapi pada 10/2/2020 saya rasa ada sedikit pendarahan warna coklat dalam 1-2 titis selama 2 hari shj adakah itu darah implantasi ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kadang kala haid ini akan datang lambat atau awal dengan satu atau dua hari. Darah implantasi adalah pendarahan yang berlaku selepas persenyawaan selepas anda bersetubuh dengan pasangan anda, di mana sperma dan telur bergabung menjadi janin dan janin ini akan melekat di dinding rahim. Darah implantasi tidak semestinya akan berlaku pada kesemua wanita yang berhamil. Ianya juga tidak dapat dibezakan dengan haid yang normal.
Jikalau anda tidak mendapat haid pada bulan ini dan anda telah bersetubuh dengan pasangan anda pada waktu subur, anda boleh melakukan ujian kehamilan dengan alat ujian UPT dengan teknik yang betul untuk memeriksa status kehamilan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.