shadyssha
6 tahun
Period Lewat dan takda tanda Pregnant
Hi Doc, sy last period haritu bulan June 2hb. 3 hari awal tu darah brown pekat (kuantiti tak penuh pad n rasa kering) tak macam period biasa yg ada darah merah dan rasa basah. Pastu day 4 & 5 cuma spotting ja mcm biasa. Saya mmg biasa period 4-5 days. Then 20/6 - 22/6 sy ada keluar spotting mcm few drops sahaja. Period estimate patut dtg 25/6 or 27/6. Sy mmg slu period on time (antara CD26-CD28), paling lewat pun CD30.
Dulu pernah one time before kahwin (Dec 2017) pernah lewat period 2weeks. Itupun sbb stress kat tempat keja. Lepastu period cycle normal sampai last period haritu. Sy dah check upt dah 3x, last check pakai clear blue mmg negative.
Tanda2 period langsung takda (biasa before period dtg 10 hari tu akan sakit breast or apa2 symptom period), tanda2 pregnant pun takda n sy blum ada anak. Semua ok ja. Perut ja rasa blotted kdg2. Keputihan clear watery sometimes rasa mcm keluar darah period tp hanya keputihan. Sakit breast, sakit pinggang or pening mmg takda. Stress pun tak.
Sy blum jumpa mana2 doc lagi. Apa pendapat doc? Adakah period sy akan dtg soon? Sy baru kahwin 7months n not TTC. Cuma nak aware ja dgn my body.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan punca-punca haid datang lambat boleh terjadi seperti:
- Stress (fizikal dan emosi)
- Pil perancang
- Kehamilan
- Masalah tiroid
Sekiranya anda ragu-ragu akan keputusan UPT anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























