
Sulit
3 tahun
Period lewat hampir 2minggu
assalamualaikum , saya baru saja kahwin dan tarikh saya kahwin tu 2 atau 3 hari sebelum period. adakah ia lewat disebabkan hormon tak stabil sebab melakukan hubungan seks atau sebaliknya?, kebarangkalian utk hamil pun rendah kan sebab bukan waktu subur?,

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami kelewatan haid. Kini anda ingin tahu jika ia disebabkan oleh kehsmilan atau tidak stabil hormon. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- stres
- kehamilan
- PCOS
- terlalu banyak senaman atau letih
- ubat perancang keluarga
Berikut merupakan senarai umum diagnosis. Tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Kemungkinan untuk anda hamil juga adalah rendah kerana tidak kena pada fasa ovulasi. Namun, untuk kepastian sila buat ujian UPT.
Bagi soalan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
⅘