
bipendratamang54
5 tahun
Period lewat sebulan lebih n keluar agak sedikit selepas tempoh tu
Doktor, sy last period 25/3/19… Then 7/5/19 period sy dtg n keluar sikit sgt, xmcm slalu… Adakah tu period atau bukan sbb sy alami senggugut yg kuat mcm lepas bersalin tu sakit nya doktor… Ape punca terjadi spt itu dan mengapa ia boleh berlaku… Adakah tu normal atau sebaliknya… Umur sy 33tahun ,ank 4, prnh keguguran awal bulan 10 2018… Ank sy yg no 4 berusia 6tahun…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.