
Sulit
3 tahun
Period lewat selepas ambil postinor-2
Saya wanita berusia 40an & memiliki 1 org anak. Saya & suami PJJ & telah bertemu baru-baru ini. Kami melakukan seks tidak terlindung dan saya terus mengambil 2 biji POSTINOR-2 sekaligus sejurus selepas selesai(jangkaan dalam tempoh 2-5 jam mengambil POSTINOR-2 selepas selesai bersama suami). Ketika itu saya dalam hari ke-6 period & darah adalah dalam bentuk spot brownish. 3 hari selepas itu kami bersama lagi & mengambil 2 biji POSTINOR-2 sekaligus selepas selesai. Kemudian dalam beberapa hari selepas itu(lebih kurang 6-7 hari selepas itu, saya perasan ada beberapa spot darah keluar yang tidaklah pekat & tidak merah dalam tempoh 2 hari & kemudian kering. Sebelum tu saya mengalami tanda-tanda menstrual seperti cravings to sweet & oily food,perut cramp, kaki & belakang pinggang sakit, acne, mood swing serta keluar keputihan sedikit banyak & pekat juga bloated tummy. Tanda-tanda ini adalah yang perkara biasa saya alami ketika hendak datang bulan. Hari ini adalah hari ke3 saya lewat datang bulan. Pada hari ke2 lewat dtg bulan sy telah melakukan pregnancy test di rumah & keputusannya adalah negatif. Soalan saya adakah boleh sy mengambil POSTINOR-2 sekaligus bukan mengambil spt yg disarankan iaitu 1 biji pertama dlm tempoh 72jam selepas bersama & baki 1 biji lagi dalam tempoh 12 jam selepas pil yg pertama diambil? Mengikut saranan ahli farmasi maksimum saya boleh ambil POSTINOR-2 adalah 4 biji sebab itu saya ambil sekali lagi pada hari itu.Adakah normal saya lewat dtg bulan selepas ambil pil ini? apakah darah spot yang keluar pada hari itu? Apa perlu sy buat jika masih tidak dtg bulan sehingga 7 hari? Pada ketika sy menulis di sini tanda menstrual masih sy alami dan keadaan ini mengelirukan & merisaukan saya. Sy tidak pernah lewat period kecuali pregnant & ini kali pertama sy mengambil Postinor-2. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.
Isteri yang risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan atau morning after pill berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.
Setelah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Anda disarankan untuk pergi ke klinik atau konsultasi dengan doktor sekiranya anda:
- Jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari atau kelihatan luar biasa seperti terlalu banyak atau kemerahan terang.
- Jika anda masih bimbang bahawa anda mengandung.
- Sekiranya anda mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah dan haid datang lewat.
- Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau inign tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih