
Sulit
3 tahun
Period lewat seminggu tapi upt negative
saya wanita berumur 20 tahun dam sudah berkahwin. sebelum ni period saya teratur tapi bulan lepas period saya tak datang dan sekarang sudah lewat seminggu. saya check upt negative. adakah saya pregnant atau ada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda megalami haid lewat selama 1 minggu.
Untuk makluman anda, ujian UPT hanya akan menujukkan ‘positif’ kira-kira 10 hari dari tarikh haid terlewat sekiranya anda hamil. Oleh itu, ada kemungkinan untuk anda hamil. Selain itu, terdapat beberapa punca lain yang boleh menyumbang kepada haid lewat.
Antaranya :
- Stres
- Pengambilan ubat perancang atau pil hormon lain
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Berat badan yang berlebihan
- PCOS
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor bagi mengenal pasti punca sebenar masalah anda.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.