
Sulit
3 tahun
Period melebihi 14 hari setelah consume ubat perancang
Assalamualaikum, salam sejahtera doc.
Saya berusia 27thn, sudah berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Sy mempunyai masalah period sejak dari sekolah. Tahun ini, last period sy adalah pada bulan feb 21. Pada bulan Mei 21, sy telah membuat rawatan kesuburan di klinik swasta dan diberi vitamin, folic asid, dan ubat perancang (pertama kali ambil,) tujuan bagi period keluar dan doc nasihatkn ambil selama 3bulan. Selepas habis ubat perancang tersebut bg bulan pertama, period sy sudah datang. Namun, ia telah melebihi 14hari. Ini juga kali pertama period sy berpanjangan lebih 14 hari.
Sy ingin bertanya kpd doc adakah kesan dari pengambilan ubat perancang tersebut? Apakah tindakan yg perlu saya lakukan sekiranya period ini masih belum berhenti? Mohom penerangan doc. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengambil pil perancang keluarga sebagai salah satu rawatan kesuburan dan kini anda mengalami haid berpanjangan selama 14 hari. Kami akan cuba memberikan penjelasan bagi anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi adalah antara kesan sampingan pengambilan ubat perancang dan perkara ini adalah normal. Masalah ini berlaku kerana terdapat perubahan kuantiti hormon dalam badan. Biasanya, kitaran haid akan pulang ke normal selepas beberapa bulan.
Namun, sekiranya anda mempunyai simptom-simptom lain, sila rujuk masalah anda kepada doktor supaya anda dapat dibantu secara lanjut.
Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi secara atas talian dengan doktor supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.