
fatinnoris06
5 tahun
Period Melebihi 20 Hari
Hye doc.Umur saya 20 , full time athlete. Saya selalu datang haid lebih dari 20 hari sampai susah nak buat kiraan hari untuk solat. Sebelum ni dah check, doctor bagi ubat berhenti darah, saya makan pastu stop. Tapi next period still sama juga, lebih 15 hari. Dari saya umur 14 datang haid, sampai sekarang, baru beberapa kali saya datang haid bawah 7 hari. Rasanya tak sampai 10 kali. Selalunya memang lebih 15 - 20 hari.Senggugut saya pun teruk tapi saya cepat2 ambil ubat pink untuk menstrual pain tu sebab taknak sakit ganggu waktu training.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Masalah pembekuan darah
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.