
Sulit
5 tahun
Period normal atau tak
11 bulan lepas bersalin datang period kali pertama… hari pertama period ok darah normal…hari kedua sakit macam segugut nak muntah keluar darah banyak sangat siap ad ketul2… hari hari kelima baru darah dah kurang sedikit tapi ad keluar ketulan darah…dan pagi tadi sakit perut tengah berak tiba sakit pinggang yg teramat sangat… mcm krem…sebelm tu ad rasa krem perut jgk… jadi sebenrnya ni period atau ad masalah lain…atau gugur…perlu pergi klinik k…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Keguguran ketika hamil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.