
chocolatelapo
4 tahun
Period pain dan tempoh period yang tak menentu
Saya wanita berusia 23 tahun. Period saya teratur setiap bulan, tetapi ada 2 masalah setiap kali saya hadapi. Satu, saya senggugut teruk dri umur 15 tahun sehingga sekarang Dan ia sangat menjejas aktiviti harian. Kedua, saya dah habis period, selang 3-4 hari period datang balik tapi ia masih dlm tempoh 15 hari. Apa yg saya perlu buat ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.