
Sulit
3 tahun
Period remaja masuk 3 minggu
Hi doc,saya ada ank yg berumur 14thn,masalah anak saya sejak February 2021,anak saya dtg period sampai msk 3 minggu,then bukan puasa pun sama dia hanya berpuasa 1 minggu saja…saya check pad dia mmg betul walaupun dah nak msk 3 minggu pad dia msh ada darah yg berwarna coklat kuntiti masih b byk…then yg terbaru utk bln jun dia dtg period dah kering darah Dekat pad pun xda dah tapi bila dia buang air besar keluar darah,dah 3 hari macam ni ,adakah saya perlu bwk anak saya ke klinik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda di mana anak anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut mengenai anak anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor