
Anonymous
5 tahun
Period sangkut dan bersarah
Saya selalu period datang hujung bulan,tapi bulan ni awal bulan,pastu macam biasa hari ke 4 /5 dah tinggal yg kotor.tapi bulan ni hari ke 4 terus tak dtg lepas 3 hari,saya kencing keluar lebihan darah haid/kencing berdarah.pundi kencing pedih dan rasa menyucuk masa kencing.boleh doktor terangkan kenapa?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala kencing terasa pedih boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.