
Sulit
4 tahun
Period saya tidak datang dua bulan
Sya perempuan berumur 24thun…sy mengalami masalh period tak datang dua bulan…selain itu sy selalu mengalami masalah susah tido…kadang pukul 5 pagi baru boleh tido…tido siang pun tak penah…ada mengalaami msalah rambut gugur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lewat haid. Untuk makluman anda, haid yang lewat boleh berpunca daripada:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berkenaan dengan masalah rambut gugur dan masalah tido ia mungkin berkaitan dengan hormon yang tidak stabil yang berpunca daripada haid lewat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih