
Sulit
4 tahun
Period saya tidak pernah berhenti selepas mengambil suntikkan depo
Saya wanita yang berumur 21tahun saya mengambil suntikkan depo yang pertama selepas bersalin , period saya sudah 21 hari dari hari pertama mengambil suntikkan depo , saya ingin berhenti mengambil suntikkan depo , berapa lama kah mengambil masa untuk pendarahan ini berhenti dan period datang seperti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat haid yang berlebihan, seperti:
- Polip rahim
- Endometriosis dan adenomyosis
- Ketidakseimbangan hormon
- Struktur rahim yang tidak normal
- Sistem pembekuan darah yang tidak normal
Berikut pula merupakan beberapa kesan sampingan suntikan depo:
- Haid yang tidak teratur ataupun tiada haid
- Pening kepala
- Kenaikan berat badan
- Kegelisahan, kemurungan atau perubahan mood
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Pendarahan yang kerap
- Gangguan aktiviti harian
- Pitam
- Jantung berdebar
- Sakit dada
- Kesukaran bernafas
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.