
Sulit
4 tahun
Period saya tidak teratur dalam 2 bulan ini, period saya berlarutan lebih dari 15 hari
helo doc, saya remaja berumur 17 tahun… saya sekrng agak susah hendak tido walaupun saya x bermain telefon dan saya stop melakukan exercise zumba yg biasanya saya akn lakukannya setiap hari pda waktu petng… saya akan period 7 hari tpi kebiasaannya pada 9 atau 10 hari darah period saya akan keluar semula dlm jumlah yg kecil sehingga hari ke 15…tetapi biasanya hri 15 tidak akan ada sebarang darah yg keluar lagi hanya lendiran jernih sahaja… tetapi sekarang lendiran jernih itu menjadi merah… sometimes hanya sedikit darah di dalam lendiran itu… tetapi kadangkala lendiran itu menjadi merah secara keseluruhan…lediran itu hanya akan keluar ketika saya membuang air kecil sahaja… lendiran itu tidak terkena pada pakaian dalam saya kebiasaannya…tetapi pada hari ini hari ke 15 saya period… lendiran itu terkena di pakaian dalam saya… jadi doc, saya ingin tahu apakah masalah yang saya sedang hadapi sekarang…adakah disebabkan aktiviti sukan sye yg agak lasak menyebabkan rahim saya jatuh? atau ada sebarang masalah lain yg saya hadapi… saye x tau mahu lakukan apa sekarng harap dengan pertanyaan ini dapat membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!