
Anonymous
5 tahun
Period sedikit tetapi tidak berenti selama 2 bulan
Saya berusia 25 tahun. Saya mengalami period dari awal april sehingga harini dalam bentuk sedikit sedikit sahaja. Bila saya pakai pad, darah tu aku melekat sedikit sahaja di pad, tetapi bila kencing, akan kluar lendir darah tu. yg membuatkan saya pelik, knapa period saya tidak berhenti lagi ? Ni first time saya mngalami keadaan begini. Saya sudah berkahwin tetapi masih tidak mempunyai anak . How can i pregnant if my period still not stop ? saya suda scan di klinik swasta but dr ckp ok jee no cyst . But why period saya tk stop ?
saya berkeinginan mempunyai anak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.