
Sulit
3 tahun
Period sehari selepas bersama
Saya wanita 21 tahun. Pada 30/5 sya telah bersetubuh dgn bf sya, dan pada 2/5 sya dtg period. Apakah kehamilan masih boleh berlaku? & skg 4/7 tpi period blm dtg. Adakah ini normal atau perlu sya risau?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah belum datang haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid yang lambat merupakan satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada kitaran haid yang lepas. ia juga boleh disebabkan oleh faktor am yang lain seperti senaman berlebihan, gangguan stress dan kurang rehat dan tidur.
Jika anda membimbangkan mengenai kehamilan, kehamilana hanya berlaku sekiranya pasangan anda mengeuarkan air mani ke dalam vagina anda, khususnya pada waktu subur.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.