Sulit
3 tahun
Period sehari tetapi darah banyak ketika keluar sbb keluar secara sekaligus n x sempat tukar pad
Sy wanita berusia 25 tahun ke atas dan sudah berkahwin. Period sy dtg sehari tp banyak sehingga mengeluarkan ketulan seolah lemak dan daging.Adakah ianya normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, ianya berkemungkinan adalah keguguran berdasarkan penerangan di atas. Akan tetapi, terdapat kemungkinan lain yang harus diterokai.
Nasihat saya, sekiranya anda mengalami pendarahan lagi atau sakit perut disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Selain itu, ianya mungkin membantu sekiranya anda mengambil gambar pendarah yang anda alami sekiranya terdapat benda lain yang anda kurang pasti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.