Anonymous
6 tahun
Period selalu datang jangka masa lama dan keluar sedikit sedikit
Saya sudah beberapa kali selalu period dalam jangka masa lebih 10 hari
6 tahun
Salam sejahtera.
Kebanyakan kes perdarahan haid yang berlebihan adalah disebabkan oleh gangguan hormon di dalam badan dan punca yang spesifik tidak dapat dijumpai.
Antara punca-punca lain yang boleh menyebabkan perdarahan haid berlebihan adalah:
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Jangkitan di bahagian kelamin
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Punca paling utama untuk perdarahan haid yang berpanjangan adalah sejenis kondisi yang dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding (DUB). Kondisi ini adalah berpunca dari gangguan hormon di dalam badan dan ia menyebabkan perdarahan dari dinding rahim yang terjejas. Perdarahan yang berlebihan boleh menyebabkan anaemia atau kekurangan darah di dalam badan kita. Orang yang mengalami anaemia boleh mengalami gejala seperti mudah letih, lemah, sesak nafas, sakit dada dan muka pucat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

























