
Anonymous
5 tahun
Period selepas bersalin
saya wanita baru melahirkan anak pada 9 april 2019.pada bulan mei sya telah datang period selama 3 hari.dan pa bulan julai 30/6/19 sya telah dtang period sekali lagi dan pada hari pertama period tersebut saya start makan pil perancang yasmin.namun,persoalannya di sini sampai sekarang sya msh lg haid dah darah haid kira 1/4 daripada pad.adakah itu kesan drpda pngambilan yasmin? adakah sya ptt berhenti buat sementara waktu makan pil yasmin?tetapi buat masa sekarang sya x mengalami simptom2 anemia, hb yang yang latest masih lagi 11g/dl.thank you dr

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang anda alami selepas bersalin boleh berpunca daripada:
- Penggunaan pil perancang tersebut
- Ketidak-stabilan hormon - terutamanya selepas bersalin
- Tisu endometrium (daripada rahim) - kerana selepas bersalin, lapisan tisu endometrium sangat rapuh dan tidak stabil
- Polip/fibroid dari rahim/serviks
- “Dysfunctional uterine bleeding” - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.