
Sulit
4 tahun
Period selepas mengambil pil perancang (postinor 2). Sebelumnya tidak ada masalah seperti ini
Doktor, selepas saya mengambil pil perancang postinor 2, selepas dua hari period saya keluar seperti lendir Dan hanya sedikit sahaja. Apakah ini adalah kesan daripada pil tersebut ? Sebelumnya period saya tiada masalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, pil tersebut adalah pil perancang kecemasan dan ia mengandungi hormon progesteron yang tinggi dan sangat tidak digalakkan untuk diambil secara berterusan disebabkan oleh kesan sampingannya seperti:
- Loya dan muntah
- Pening kepala
- Lemah badan
- Sakit payudara
- Haid terputus-putus atau haid berlebihan
- Sakit atau ketidakselesaan perut atau di bahagian ari-ari
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Pendarahan adalah disebabkan oleh hormon yang bertanggungjawab untuk menghakis lapisan rahim untuk mengelakkan implantasi atau kehamilan daripada berlaku. Reaksi ini adalah normal. Sekiranya anda masih ragu-ragu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.