
wanhidayatul91
5 tahun
Period semasa lepas suntikan perancang
Doctor,saya first time suntik perancang pada 4/11/19… 13/11/19 period saya keluar sampai sekarang belum stop lagi dah dekat 3 minggu… Kenapa mcm nie… Normal ke mcm nie… Dan apa perlu saya buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan suntikan pil perancang kehamilan adalah gangguan kepada kitaran haid. Suntikan ini boleh menyebabkan sesetangah individu tidak datang haid, spotting antara haid atau had berlebihan. Sekiranya anda mengalami gejala ini, anda amat disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan mendapatkan alternatif bagi kaedah perancang keluarga yang lebih sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.