
Sulit
4 tahun
Period semula selepas 6 hari
Hai doc. Saya ingin bertanya ttg masalah period semula. Pada 6/4 saya period sehingga 12/4. Pada 17/4 lbh kurang jam 11.30 mlm saya dapati ada darah fresh keluar. Paginya tak ada apa2 kesan pada pad, so saya solat dan puasa seperti biasa. Namun pada pagi 18/4, darah keluar lagi dan terus keluar anggaran 4 jam sekali sehingga hari ni 20/4 (hari ke 15 dari tarikh period pertama) darah keluar rak byk tapi fresh., kali terakhir bersama suami pada 3/4.sebelum ni pernah 2 kali berlaku sedikit pendarahan setelah bersama suami. Harap doctor sudi membantu. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid tidak teratur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!