
Anonymous
5 tahun
Period sikit dan lambat
saya wanita berumur 22 tahun . belum berkahwin . saya dah lambat datang bulan dekat 2 bulan , pagi tadi bangun tido seluar ada darah . saya pakai pad pergu kerja ,dan darah period dah takde . kenapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah haid tidak teratur. Antara puncanya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai haid andayang berhenti, terdapat kemungkinan aliran darah haid anda tidak lancar selepas 2 bulan anda tidak datang haid. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.