scherly98
6 tahun
Period start 10/7/19
sy wanita berumur 43 tahun punya 2 anak…anak pertama 11 thn dan kedua 3 tahun …kblakangan ni saya terlalu sibuk…sy kerja di pejabat yg asyik mengira dan balik 6 ptg sampai rumah kdg 6.30-7 ptg setelah ambil anak sy dr asuhan.balik, saya terus menguruskan rumah sampai jam 9 mlm .ini disebabkan mingu2 ini suami sy sakit susah mahu bangun.masalah nya period saya 10/7/19 start dan tidak la banyak…hbs dlm 2 atau 3 hr sj …28/7 period saya start lg tp sedikit…baru 19 hari …knapa ya??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari atau seperti kes anda, pada hari ke 17. Haid yang cepat boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























