Sulit
4 tahun
Period tak datang 4bulan
Saya wanita brusia 21 tahun…saya tak tahu kenapa tp period saya tak datang 4bulan…bulan sblom nih pon kdng awal kdang lambt…tp start bulan 4 smpai sekarang period tak datang lagi tp check upt xpregnant…kenapa ye…saya risaulah…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang 4 bulan atau haid lewat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selain kehamilan, masalah haid lewat lazimnya berlaku disebabkan beberapa hal seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Namun, ia juga boleh disebabkan beberapa kondisi kesihatan yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor seperti
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi

























