
Sulit
5 tahun
Period tak datang semenjak berhenti mengambil pil perancang
Hello doc, saya wanita berusia 24 tahun. saya mengambil pil perancang selama 3 tahun kerana faktor kesihatan, dan berhenti pada bulan 6 2019. semenjak saya berhenti mengambil pil perancang, period saya tidak datang sampai sekarang. saya ada buat upt minggu lalu dan keputusannya adalah negetif. adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai penyebab tidak datang haid atau haid lewat selain kehamilan. Antara penyebabnya adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi masalah yang anda hadapi, maklumat yang anda berikan adalah tidak lengkap, terutamanya mengenai masalah kesihatan yang menyebabkan anda perlu mengambil pil perancang ini. Oleh itu, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.