Sulit
5 tahun
Period tak dtg 6 bulan
Hai doktor. Saya nak tanya, period saya tak dtg selama 6 bulan. Sblm kawin period sy normal. Lepas kahwin, period sy tidak dtg. Cek upt, negatif. Scan pun takda apa. Berat sy naik mendadak apabila 4 bulan kahwin , naik 10 kg. Perut mula membuncit, kadang jari dan kaki sy bengkak. Afakah ianya satu oenyakit atau kegemukan? Terima kasih…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid lewat atau haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda masih tidak datang haid sejak februari lalu. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Jadi terdapat kemungkinan anda datang sedikit lewat pada kali ini. Oleh itu, sekiranya anda masih tidak datang haid melebihi kitaran 35 hari, anda boleh melakukan ujian kehamilan, atau mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























