
Sulit
5 tahun
Period Tak Lancar, Sakit bahagia Ari-ari
Saya berumur 21 tahun. belum berkahwin, belum pernah melakukan hubungan seks. ceritanya, hampir 6 bulan saya tak period, dan 24 April saya period. dua hari sebelum tu saya ada makan ubat period Sunolut. sekarang saya period, tapi darah keluar sikit je. bila saya korek guna kapas, ia masih ada ada. malam tu saya korek lagi, dah takde. saya pun mandi wajib… pagi nak sahur tu, saya sakit perut yang teramat sangat sengunggut mcm tu. dan darah ada lagi. banyak juga. lepas tu bila dah pakai pad, ada sikit je darah haid tu. yang keluar cuma darah bukan ketulan mcm biasa. sakit bahagian ari-ari… saya risau akan ketidakstabilan saya. takut tak boleh mengandung apabila saya sudah berkahwin. saya takut cyst juga… mohon pandangan. thank you…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan hanya dengan penerangan di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.