
Sulit
4 tahun
PERIOD TAK REGULAR, darah warna coklet2 keluar daripada 11hb 8 smpai skrg
Pada 11/8/2020 saya start priod and keluar darah. tapi masuk hari kedua, hanya keluar coklet2, sampai ke hari ini? boleh ke saya makan jamu manjakani untuk keluarkan period tu? kebiasaanya saya mngalami pendarahan yg byk dan bpnjangan… tpi klai ni ak pula. cuma keluar coklet2 dlm waktu yg lama mohon dokter suggest apa perlu sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, pendarahan coklat semasa haid menunjukkan aliran darah yang perlahan. Darah yang sepatutnya merah teroksida dan menjadi warna yang lebih gelap. Oleh itu, ia merupakan perkara yang biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, kenyataan ini cuma berdasarkan keterangan ringkas yang anda berikan. Sebagai info tambahan, punca boleh berlakunya pendarahan sedikit adalah seperti:
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!