Sulit
4 tahun
Period tak stabil pada umur 20an wkwhejemdmsm shjsjs
Saya wanita berumur 20an. Since 1st saya period sama sekarang period saya tak stabil. Period saya selalu datang 2 bulan atau 2 bulan lebih sekali. Tapi anggaran period cukup 7 hari. Adakah ini normal? Bmi saya jugak normal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala ini boleh dikategorikan sebagai ketidaktetapan atau haid yang tidak teratur. Haid wanita berlaku disebabkan oleh penurunan dan peningkatan kadar hormon di dalam badan. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh perkara yang normal atau atas beberapa faktor:
- Masalah keseimbangan hormon -kebiasaannya pada remaja usia muda adalah normal
- Gaya hidup yang aktif
- Tekanan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























