
najwaeunjae
5 tahun
Period tak teratur dan datang sebanyak 3 kali dalam sebulan
Saya umur 22tahun dan belum berkahwin. Period sy normal sebelum nih. Cuma kadang2 sahaja dtg 2 kali sebulan. Tapi sejak bulan 8 yg lepas. Period saya jadi tak teratur. Haid keluar 3 kali sebulan sehingga skrg. Period yg pertama selalunya akan senggugut. Average 7-8 hri period. Kemudian stop haid. Dalam masa 3-5hari, period yg ke2 pulak dtg. Dan seterusnya. Darah haid keluar dlm kuantiti yg normal setiap 3 kali period tu. Jadi sy keliru mana satu darah penyakit atau darah haid. Dan adakah ini tanda-tanda penyakit yg serious?

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks seperti endometriosis, fibroid
- Kesan sampingan pengambilan ubat- ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.