Sulit
4 tahun
Period tak teratur kerana cycle berbeza setiap bulan
hi dr , saya agak keliru dengan cycle period saya . cycle period setiap bulan berbeza , cycle bulan 12 - 35 , bulan 1 - 41 ( sehingga bulan 2) , bulan 3 - 37 hari . Adakah saya masih dlm normal cycle dan adakh period saya period yg teratur ? kerana saya tgh mencuba untuk mengandung dan senang nak cari hari subur .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang dewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan. Masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai cara menghitung hari subur, anda boleh baca lebih lanjut dengan klik link di sini.
Untuk mengetahui punca sebenar dmasalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























