Sulit
4 tahun
Period tak teratur sangat sakit. Period yang berpanjangan dan teruk
Hai doc saya dari bulan 9 datang bulan 1 month. Tp darah keluar sikit2.
Bulan 10 datang 7 hari, tapi sehari 10pad overnite.Lepas 7 hari stop 2 hari datang lg sikit2. Total 15 hari.
Bukan 11 sama 15 hari
Bulan 12 lebih 15 hari. 7 hari to normal. Then lps 7 hari to dtg sikit. Kdg2 darah ketul keluar byk sikit.
Saya dari zaman sekolah mmg period yg sgt2 teruk sakit.
Dah pergi klinik kerajaan 2 kali kata ada fibroid. Pergi klinik swasta ada fibroid dna cyts. Tapi pergi hospital kerajaan temu jnji doc. Tapi doc kata nothing. Tak jumpa pape bila scan. Then refer hospital swasta. Ada fibroid…
Bukan 12 nie punya period bawak ke bulan 1 dah lbh 15 hari. Kdg2 sakit mcm senggt.
Apa patut sy lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada kami.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini. Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat dan kebiasaanya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita. Seterusnya ia akan mempengaruhi kitaran haid. Antara punca kitaran haid tidak teratur adalah :
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI (*Sexually transmitted infection*) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory diseases). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Menurut dari situasi anda, kemungkinan besar bahawa gejala haid tidak teratur anda adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman secara berkala
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan untuk mengenal pasti punca masalah anda dan mendapatkan rawatan yang memandangkan ia mengganggu aktiviti harian anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi di atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























