
Sulit
4 tahun
Period tak teratur selepas berkahwin
Assalamualaikum … hi dokter sy berumur 18 tahun … seblom ni sy tak berkahwin dan melahirkan anak … dan sy disarankan memakai alat perancang empalanon … dan haid sy tak datang langsung selapas memakai alat tu … dan sekarang sy berkahwin . Selepas beberapa hari sy datang period dan sehari darah kurang… dan habis … dlm keesokan hari period dtg lagi berwarna merah pekat dan sedikit… dan perkara tu berlangsung sampai nak masuk 3 minggu … dan berwarna coklat pekat hitam … sikit2 ja keluar … kadang2 ad berasa sakit dekat bawah pada perut belah kiri … terasa menyucuk … adakah benda tu normal dokter ???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan pihak puan, antara pendarahan coklat termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk membuat kesimpulan mengenai isu tersebut, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan. Anda boleh merujuk masalah tersebut kepada pihak kami secara peribadi untuk konsultasi yang selanjutnya.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Anda juga boleh merujuk kepada pakar ginekologi (Gynaecologist) untuk pendapat mereka. Seorang doktor pakar ginekologi arif tentang masalah yang berkaitan sistem reproduktif wanita. Anda boleh mendapatkan pendapat pakar daripada panel doktor kami secara atas talian melalui link ini(booking specialist). Terima kasih.