Sulit
2 tahun
Period tak teratur selepas suntikan perancang
Saya berumur 19 tahun dan sekarang saya berkahwin dan mempunyai anak berusia 7 bulan,sekarang saya mengamal suntik perancang 3 bulan sekali di klinik tetapi masa kali pertama saya dapat suntikan ,period saya tak datang datang dan sekarang dah dekat 4 bulan tak datang,adakah saya perlu pergi ke klinik untuk pemeriksaan secara terperinci…saya dah buat pregnant test tapi negatif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda sedang menggunakan suntikan hormon sebagai perancangan keluarga. Kini haid anda tidak teratur. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda 57% pengguna suntikan hormon sebagai perancangan keluarga akan mengalami haid tidak teratur. Perkara ini adalah normal dan simptom haid tidak teratur kebiasaannya hilang setelah 24 minggu penggunaan. Antara suntikan hormon yang sering digunakan adalah Depo-povera. Ia mempunyai keberkesanan sehingga 99% dalam mengelakkan kehamilan.
Antara kesan sampingan lain bagi Depo-povera adalah:
- haid tidak teratur
- sakit kepala atau pening
- masalah jerawat
- kenaikan berat badan
- keguguran rambut
- hirsutism
- penat atau keletihan
Kami sarankan agar anda mengekalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang serta senaman harian agar semua masalah ini boleh diatasi. Jika perkara ini berterusan dan membimbangkan anda, sila rujuk masalah tersebut kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi doktor atau pakar kesihatan wanita kami secara atas talian untuk maklumat lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.