
Anonymous
5 tahun
Period tak teratur serta sakit tumit
Saya wanita berumur 24 tahun sejak 5tahun yg lalu saya memgalami period yang tak teratur sehingga kini… Namun sejak kebelakangan ini saya merasa tumit saya sangat sakit selepas melakukan sebarang aktiviti…ingin bertanya ada sakit tumit berkait dengan masalah period saya…dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan terutama sekali apa yang saya perlu lakukan agar period saya kembali normal… Terimah kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur dan haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Penggunaan alat IUD
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.