
Sulit
3 tahun
Period tanpa henti melebihi 2 minggu
Hi, Sekarang sudah masuk 2 minggu,berlaku pendarahan tanpa henti … Ni kali pertama berlaku,tetapi pendarahan berlaku hanya sedikit sahaja darah kekadang hanya ketulan darah sekecil 5sen yg keluar… Apa perlu saya buat ? Adakah masalah ini berkaitan dengan kesuburan atau penyakit dalaman? Sudah berkahwin dan belum mempunyai anak…
Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah haid yang berpanjangan melebihi 2 minggu tanpa henti. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, pendarahan berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan ataupun stres
- Gaya hidup aktif
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
- PCOS
- Masalah pembekuan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan mengenal pasti sama ada masalah ini berkaitan dengan kesuburan ataupun penyakit dalaman.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor