
izyan.zulikha
5 tahun
Period tapi loya muntah pening kepala sepanjang hari
Saya berusia 32tahun. Baru mendirikan rumahtangga hampir 3bulan. Period saya tidak menentu. Saya nikah pada 22/6/2019, pada 5/6/2019 saya telah period, next period pada 4/7/2019, dan pada bulan 8 period saya pada 11/8/2019. Pada bulan 7 dan 8 saya mengalami sakit yg teramat sangat sehingga merasakan krem dibawah perut yg teramat sangat. Semalam 11/9/2019 saya period tapi takda sakit senggugut seperti kebiasaan. Cuma krem dibawah perut, pening meloya sepanjang hari dan muntah. Dua minggu sebelum period saya sudah hilang selera makan dan pening2. Apakah saya mempunyai masalah kesihatan ? Boleh doktor bantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala loya, hilang selera makan dan pening yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan perubahan hormon - seperti ketika ovulasi
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim di organ lain
- Kesan ubat
- Kehamilan - pendarahan yang dilihat baru-baru ini mungkin pendarahan implantasi kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.