
Sulit
3 tahun
Period tapi muntah dan pitam
selamat pagi doktor. saya sudah berkahiwn pada 29/5/2021. pada bulan ogos period saya lewat 20hari. saya check upt samar2. tp, esoknya turun darah. slps dr kejadian itu, period saya akan lewat 10 hari setiap bulan, bulan ini saya period. tp period kali ni sgt berbeza dr yg sblm ni. saya mengalami muntah-muntah dan pitam. adakah disebabkan perubahan hormon saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan