
Sulit
4 tahun
Period terlalu lama- hampir 5 bulan
Saya pelajar 16 tahun dan saya mengalami period yang terlalu lama.Saya sudah pergi ke doktor selama 2 kali mengenai hal ini tapi mereka mengatakan bahawa hal ini normal kerana uterus saya yang baru berumur 16 tahun masih sedang belajar cara period yang normal. Doktor itu tanya "Ada penggumpalan tak semasa period?. Saya kata tidak walaupun kadang kadang berlaku juga tetapi tidak selalu.Saya berasa amat tidak selesa dengan hal ini kerana saya kadang2 terlebih masa period sehingga terlepas waktu subur untuk solat. Saya susah solat sebab darah haid melekat pada kain sembahyang. Soalan saya ialah normal kah seorang remaja untuk mempunyai haid berterusan sehingga 5 bulan dan mengapakah penggumpalan darah pada uterus merupakan tanda seseorang itu tidak sihat atau “abnormal”?
Sekian,terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca dan menjawab pertanyaan saya ini. Good Day.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid berterusan sehingga 5 bulan. Untuk makluman anda, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti rasa hendak pitam, pening kepala atau sakit senggugut yang hebat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!