
Sulit
3 tahun
Period tetap tiga hari dah habis adakah normal ada cara nk merawatnya?
Saya Siti berusia 30an…nak tanya kenapa kitaran haid saya tetap dan dlm masa yg sama ia menjadi sedikit klu normal 7 hari…tapi saya plk 3 hari dah habis …adakah normal ? Ada tak cara yg berkesan untuk merawatnya…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda ingin bertanyakan berkenaan dengan kitaran haid yang dirasakan terlalu singkat, iaitu selama 3 hari sahaja. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara purata, wanita mengalami haid selama seminggu, ianya berbeza tiap individu dan haid yang datang 3 hingga 5 hari juga dianggap normal. Namun, gangguan kitaran haid atau haid yang terlalu sedikit boleh ditunjang oleh beberapa faktor, seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung di atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.