
Sulit
4 tahun
Period tetapi naik 2 line pregnancy test. Kenapa perkara ini berlaku? Anak dah 3 orang. Yang bongsu 3 tahun
Saya wanita umur 31 tahun. Sebelum period,saya cuba UPT dan naik 2 line. Tapi tiba-tiba period. Jadi, saya fikir result hari tu tak valid. Period macam biasa selama 7 hari. Kemudian, lepas habis period, saya cuba test sekali lagi. Naik 2 line lagi. Kenapa ya macam tu? Saya tak ada simptom mual atau sakit perut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, gejala haid tapi mengandung merupakan gejala yang kadang kala pendarahan tersebut tidak membahayakan malah ianya sementara dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi dan wanita mengandung.
Antara punca kepada gejala haid pada wanita mengandung adalah seperti berikut:
- proses persenyawaan berlaku ketika wanita tersebut hampir datang haid: persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas melakukan hubungan seks. Ianya akan berlaku selepas beberapa hari melakukan hubungan seks dan pada ketika itu kemungkinan wanita tersebut datang haid tetapi telur telah berjaya disenyawakan. Jadi para wanita yang mengalami simptom ini boleh bertemu doktor untuk memastikan kehamilan.
- tahap hormon progesterone dalam badan amat rendah: Hal ini akan menyebabkan dinding rahim kurang kukuh dan mulai pecah dan menyebabkan kedatangan haid.
Namun begitu, pendarahan yang berlaku selepas 24 minggu kehamilan adalah perkara yang serius. Sekiranya anda mengalaminya, anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi doktor untuk pemeriksaan.
Di samping itu, pendarahan yang boleh dikelirukan dengan haid adalah apabila melakukan hubungan seks ketika mengandung. Apabila wanita mengandung, mereka akan mengalami perubahan pada permukaan serviks. Ini boleh juga menyebabkan pendarahan yang boleh dkelirukan dengan kedatangan haid.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih