
Sulit
4 tahun
Period tiba² berhenti
Hello , morning doc , saya wanita berusia 26 thun , dan sdh berkahwin , doc sya nk bertanya , kenapa period saya tiba² berhenti , dan ianya hanya 2 hari sahaja , period pd hri pertama heavy flow , hri yg ke dua sedikit dan trus bhnti tiba2 , ada kh itu normal doc atau ada mslh lain ? Selama ni period sya 5 -7 hri doc , dan period sya slma ni x teratur , tapi tetap ada period 5 -7 hari , harap doc dpt mmbntu mmbrikn penjelasan dgn lbh terperinci , thankyou doc …

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haidyang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, jika haid anda sekitar 2 hingga 8 hari, ia masih terhitung normal dan tidak sedikit.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Untuk mendapatkan kepastian, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan oleh doktor sebelum boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!