
Sulit
3 tahun
Period tidak datang 1 bulan lebih
Saya berumur 22 tahun.Bulan 7 bulan lepas saya tidak datang haid.Sy juga tidak ada simpton2 untuk datang period.Biasa bila seminggu sebelum sy datang period sy akan dapat simpton seperti payudara sensetif ,jerawat dan perubahan emosi.Tapi bulan lepas simpton2 tu takde langsung malah period sy pun tak datang.Sy tidak tahu kenapa tiba2 macam ni.Berat sy pun normal dan tiada masalah.Darah period sy normal dan sy alami senggugut hanya hari pertama sy period.Sy harap doktor dapat bantu sy. Dan bulan 8 sy juga sedang menanti period sy akan keluar normal seperti bulan2 biasa 🥲

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai period anda yang tidak datang selama 1 bulan lebih. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid terlambat. Antara perkara tersebut adalah:
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Tekanan emosi atau stress
- Senaman yang berlebihan
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Berat badan yang terlalu rendah
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor