hanimlatif92
6 tahun
Period tidak datang berbulan2
sy wanita dan berkahwin selama 5 bulan dan berbadan besar , sebelum ni dua bulan sy tidak period dan tiba2 sy positif pregnant dalam 1 weeks macam tu tapi kandungan sy tidak menjdi dan selepas keguguran sy tidak period sampai sekarang . macam mana sy nak refer doctor ? doctor mana sy perlu jumpa ? sy merancang mahu hamil secepat mungkin
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid anda akan bersambung secara normal dalam masa 1 hingga 3 bulan bergantung selepas keguguran. Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur sebelum kehamilan, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor yang lebih teliti supaya punca-punca boleh dikesan. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sesetengah masalah ini akan mengancam kehamilan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera supaya kehamilan yang seterusnya akan lebih selamat Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

























