
Sulit
4 tahun
Period tidak datang Hampir 7 bulan
Assalamualaikum,saya wanita berusia 22 tahun. Saya nak tanya kenapa period saya tak datang hampir 7 bulan… Last saya period pada bulan ogos 2020 sampai sekarang march 2021 masih tidak period…Adakah normal atau bahaya untuk saya? Saya risau juga hampir 7 bulan period tidak datang adakah saya perlu jumpa doktor untuk buat pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbagan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang hampir 7 bulan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, secara umum, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Untuk pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!