nurfatin01.nf
3 tahun
Period tidak datang selama 5 bulan berturut turut walaupun sudah consume pill sunolut
Hai doktor selamat hari raya… Sy berumur 19 tahun dan berat sy 70 kg serta tinggi 150… Disini sy ingin bertnya apa yang sepatutnya sy lakukukan kerana sy tidak datang haid selama 5 bulan… sy sudah ke klink dann dr di klink menyarankan sy untk consume ubat sunolut… Sy sudah meghabiskankan pill tersebut dalam masa hmpir sebulan dan dos nya semakin menigkat… Dripda 2 biji sehari kepda 9 biji 3 kli shri… Tetapii period sy tetap tidsk datangg… Macam mnatu dr… Apa yang sy ptutt lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan. gejala haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Masalah yang anda hadapi ini memerlukan maklumat tambahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda mungkin boleh mendapatkan imbasan ultrasound untuk melihat struktur rahim anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.